Latar Belakang Sekolah


SEJARAH SEKOLAH


            Sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 2000 bersamaan dengan 24 Ramadhan 1420H. Pendaftaran pelajar kumpulan pertama ialah pada 16 Januari 2000. Buat permulaan, kumpulan pelajar ambilan pertama yang seramai 185 orang mula belajar di Sekolah Kebangsaan Yan Kechil secara menumpang dan semua kegiatan persekolahan sepanjang tahun 2000 berlangsung di sini dengan berkongsi dengan pelajar dan guru sekolah tersebut. Kegiatan atau proses pengajaran dan pembelajaran pada peringkat pertama ini dilakukan pada sesi petang kerana memberi keselesaan para pelajar supaya tidak perlu bersaing dengan pelajar sekolah tersebut disamping kekurangan peralatan dan kelas.

            Bangunan sendiri Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang mula dibina pada 1 September 1999 di atas tanah seluas 10 ekar, lebih kurang 1 kilometer dari Sekolah Kebangsaan Yan Kechil. Bangunan sendiri Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang ini telah didirikan di atas tanah bekas kawasan sawah padi. Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang mula menggunakan bangunan sendiri pada tahun 2001 apabila pelajar ambilan kedua masuk.

                                        Lencana  Sekolah



Lencana  sekolah  telah  dibincangkan  pembentukannya  hasil  gabungan  idea  dan  tenaga  antara  guru  dan  pelajar  SMKYK  sesi  2000  (Sekarang  SMKD).  Lencana  ini  mula  diguna  pakai  oleh  pelajar  bulan  Mei  2001.

PENGERTIAN  LAMBANG  LENCANA
Lencana  SMKD  dinamakan  “Kerawang  Ilmu”  menunjukkan  kesenian  Melayu  dan  ilmu  adalah  sesuatu  yang  wajib  dituntut  untuk  dijadikan  penyuluh  kehidupan  di  masa  depan.

BENTUK  MATA  PENA
Ilmu  pengetahuan  bermula  dengan  pembacaan  dan  penulisan  pena  sebagai  pencatat  tinta  emas  ke  dalam  cakera  padat.

BENTUK  KELALANG
SMKD  berazam  untuk  melahirkan  pelajar  celik  IT  dan  mempunyai  kecintaan  yang  tinggi  terhadap  sains  dan  teknologi.

BENTUK  CAKERA  PADAT
YAKIN  dan  berani  menghadapi  era  teknologi  maklumat.



BENTUK  KERAWANG
Kecintaan  pada  budaya  kesenian  yang  halus  perlu  dipupuk  dan  dikekalkan.  Ia  juga  melambangkan  cabang  ilmu  yang  banyak  dan  mesti  dipelajari.



ANGKA  2000  DAN  1420
Tahun  Masihi  dan  Hijrah  adalah  tarikh  sekolah  ini  ditubuhkan.

BENTUK  TREK  OLAHRAGA  YANG  TERTULIS  NAMA  SEKOLAH
Sistem  pendidikan  di  SMKD  berada  di  landasan  yang  betul  selari  dengan  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan.

MOTO
YAKIN  bererti  percaya  dengan  sepenuh  hati  bahawa  setiap  kebaikan  yang  dilakukan  akan  membuahkan  kejayaan.  YAKIN  juga  merupakan  singkatan  daripada  perkataan  Yan  Kechil  iaitu  nama  sekolah.









Bendera  Sekolah


      Bendera  SMKD  telah  direka  cipta  hasil  gabungan  tenaga  antara  guru  dan  pelajar  sesi  2000.  Bendera  ini  telah  diguna  pakai  menjelang  Januari  2001.

      Ukurannya  190sm  panjang  dan  80sm  lebar.  Warna  yang  dipilih  ialah  merah,  biru,  dan  kuning.  Pandangan  membujur  segitiga  kuning  dan  penghubung  jalur  merah  dan  biru  membentuk  ‘y’  iaitu  huruf  permulaan  moto  sekolah  Yakin.  Segitiga  kuning  berupa  busar  panah  yang  hanya  bergerak  ke  hadapan  membawa  maksud  masa  berlalu  perlu  dijadikan  pengajaran  manakala  kehidupan  perlu  diteruskan.

      Di  atas  bendera  tidak  tercatat  sebarang  maklumat  kerana  SMKD  ingin  dikenali  dengan  imejnya  yang  tersendiri.  Bendera  ini  dikenali  sebagai  Kibaran  Keyakinan.




PENGERTIAN  WARNA  LENCANA  DAN  BENDERA  SEKOLAH

Kuning   -       Taat  pada  raja  dan  negara,  emas,  kecemerlangan,  keunggulan  terulung  dan  cahaya.

Biru     -   Menandakan  berdisiplin,  keharmonian,  kemanusiaan  dan  nilai-nilai  murni  sejagat.

Merah -   Yakin,  bersemangat,  berani  mencuba  atau  berdaya  saing  untuk  maju.




PIAGAM PELANGGAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang





Kami  warga  pendidik  dan  staf  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Dulang  berjanji  dan  berikrar  dengan  penuh  iltizam  untuk  menumpukan  segala  usaha  dan  tenaga  kami  bagi  memberi  perkhidmatan  pendidikan  berikut  dengan  sebaik-baiknya:

1.   Memastikan  murid-murid  yang  mendaftar  di  sekolah  ini  diuruskan  pembekalan  segala  sumber  pembelajaran  dengan  lengkap  dalam  tempoh  tujuh  hari.

2.   Memastikan  semua  urusan  kebajikan  dan  keperluan  murid-murid  diselesaikan  dalam  tempoh  tujuh  hari.

3.   Memastikan  para  waris  dilayani  dengan  mesra  dan  bersopan-santun  dan  keperluan  mereka  diselesaikan  dalam  tempoh  24  jam.

4.   Memastikan  murid-murid  selamat  dan  segala  kebajikan  mereka  dilindungi  serta  dapat  belajar  di  dalam  bilik  darjah  yang  kondusif,  harmoni  dan  ceria.

5.    Memastikan  semua  keperluan  para  pegawai  di  Pejabat  Pelajaran  Daerah,  Jabatan  Pelajaran  Negeri  dan  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  dilayani  dalam  tempoh  ditetapkan. 

No comments:

Post a Comment